KAUNSELING KELOMPOK

HASIL TEMUBUAL MENDALAM BERSAMA KAUNSELOR DAN RESPONDEN

DI PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) BANGI,

JALAN SG. MERAB, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Penemubual : Saleha Muhamad Idham

Kaunselor : Cik Amira Sofia

MASALAH KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KAUNSELING KELOMPOK

1. Pembahagian ahli kelompok memerlukan ketelitian dan kajian yang terperinci oleh kaunselor supaya tidak timbul masalah dalam pembentukan kumpulan.

2. Kadang-kala masalah yang dikemukakan oleh ahli kelompok adalah kabur dan kurang jelas. Selain itu, topik utama permasalahan juga terlalu umum dan sukar dispesifikkan kerana mempunyai latar belakang responden yang berbeza.

3. Responden kurang memberi kerjasama pada peringkat awal.

4. Sesetengah klien kurang kerpercayaan terhadap ahli kelompok yang lain sehingga sukar untuk berkongsi masalah dan mencapai matlamat ahli kumpulan.

5. Segelintir klien yang melibatkan diri dalam kaunseling kelompok, tetapi ingin menarik diri ketika keadaan sedang mengancam mereka.

6. Ada juga sesetengah ahli yang sering mendominasi perbincangan kelompok tersebut melebihi ahli lain.

7. Mereka kurang yakin dengan diri mereka dan menjadi malu antara sesama ahli seterusnya kurang memberi sokongan terhadap interaksi dalam kelompok.

8. Mereka tidak boleh mengawal sendiri sesi penamatan dan bergantung kepada kaunselor.

9. Keengganan memainkan peranan sebagai ahli kelompok. Ahli kelompok kelihatan bosan dan tidak berjaya menarik minat mereka untuk menyertai kelompok tersebut.

10. Memandangkan kelompok terdiri daripada 5-8 orang, ia memakan masa bagi kaunselor untuk memantau tindakan klien ekoran hasil perbincangan tersebut.

Penemubual : Noraini Binti Baharudin

Pelatih PLPP : Saudara Mohd Zairi

MASALAH KLIEN DALAM SESI KAUNSELING KELOMPOK

1. Kekangan dari segi penerimaan kumpulan kepada setiap ahli kelompok bergantung kepada keikhlasan dan komitmen antara ahli.

2. Khuatir dengan aspek kerahsiaan dalam perkongsian masalah diantara ahli kumpulan.

3. Berasa rendah diri dengan keupayaan mereka kerana berbeza dengan ahli kumpulan yang lain.

4. Mempunyai percanggahan pendapat dengan ahli kelompok yang lain tetapi sukar untuk meluahkannya.

5. Perbezaan jantina kadangkala membataskan perbincangan kelompok itu kerana masing-masing malu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

6. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah terlalu panjang.

7. Perbincangan kelompok meleret-leret dan tersasar daripada topik dan matlamat utama.

8. Sukar mendapat satu persetujuan dalam membuat keputusan sesama ahli kelompok.

9. Bagi mereka yang mendominasi perbincangan kelompok itu, kaunselor lebih banyak memfokuskan permasalahan mereka berbanding ahli kelompok yang kurang memberi respon.

10. Corak pemikiran yang berbeza disebabkan faktor umur antara ahli kelompok yang pelbagai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments