APA PRAKTIS KERJA SOSIAL dengan INDIVIDU dan KUMPULAN

DEFINISI KERJA KES (CASEWORK)


Mary Richmond (dalam Skidmore et al.,1994) menyatakan bahawa kerja kes sosial mengandungi proses-proses membangunkan personaliti melalui penyesuaian kesedaran-kesedaran yang terlibat secara individu dengan individu dan antara manausia dengan persekitaran sosial mereka.


Skidmore et al., (1997) mendefinisikan kerja kes sebagai satu kaedah menolong manusia berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan aplikasi penggunaan teknik kemahiran untuk membantu manusia menyelesaikan masalah sama ada masalah psikologi, sosioekonomi atau masalah persekitaran melalui hubungan bersemuka (face to face) .


Kerja kes melibatkan proses mengembangkan personaliti individu dengan cara mengubah tahap kesedaran individu yang terlibat terhadap individu lain dan persekitaran sosial mereka. Melalui kaedah menolong ini, pekerja sosial akan menghubungkan individu dengan sumber-sumber yang ada dalam persekitaran mereka untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu.


DEFINISI KERJA KUMPULAN (GROUPWORK)


* Kerja Kumpulan merupakan 1 kaedah bekerja dengan individu-individu dalam kumpulan yang terdiri daripada 2 atau lebih orang untuk meningkatkan kefungsian sosial dan mencapai matlamat sosial. Kerja kumpulan ini adalah berdasarkan pengetahuan pekerja sosial terhadap keperluan kumpulan dan saling bergantungan di anatara satu dengan lain. Kaedah ini bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan halangan interaksi sosial dan bertujuan mencapai matlamat sosial.


* Gisela Konopka (1963), menjelaskan bahawa kerja kumpulan adalah sebagai satu kaedah kerja sosial yang digunakan untuk membantu individu meningkatkan fungsi-fungsi sosial mereka melalui pengalaman kumpulan yang bermatlamat untuk mengatasi masalah personal, kumpulan dan komuniti.


* Toseland dan Rivas (1998), mendefinisikan kerja kumpulan sebagai "...aktiviti bermatlamat yang dilaksanakan terhadap sekumpulan orang untuk memenuhi keperluan sosioemosi dan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Aktiviti ini adalah dibentuk khusus untuk individu di dalam kumpulan dan secara keseluruhan di dalam sistem yang memberi perkhidmatan. "


* Menurut Albert S. Alissi (1980), kemahiran kerja sosial kumpulan menumpukan perhatian terhadap keutamaan kumpulan untuk menyediakan serta melengkapkan mereka agar dapat menghadapi cabaran-cabaran seperti memenuhi keperluan pembangunan, mengatasi masalah sosial, memudahkan pembaikan dan pemulihan pencapaian matlamat serta menggalakkan penyertaan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti setempat.


* Lawrence Brammer (1973) pula menyatakan kemahiran dalam kerja sosial kumpulan adalah kemahiran mendengar, memimpin, refleksi, merumus, mengkonfrontasi, mentafsir dan memberi maklumat.


Rujukan: 1) Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul (2008). Kemahiran Asas Dalam Praktis Kerja Sosial . Selangor: Baraplas Kreatif Enteprise.


(2) Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul (2009). Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment