TAHAP PRAKTIS KERJA SOSIAL DI MALAYSIA PADA HARI INI

Kerja sosial merupakan profesion yang memberi pertolongan dengan tujuan utamanya membantu meningkatkan kefungsian sosial individu, keluarga dan komuniti bagi melaksanakan peranan-peranan sosialnya. Masyarakat sering mengaitkan profesion kerja sosial dengan kerja kesukarelawan. Walaupun ianya telah lama bertapak di Malaysia, namun masyarakat masih lagi mempunyai tanggapan yang salah terhadap skop bidang kerja sosial dan perkembangannya sangat perlahan. Dikatakan juga perkhidmatan yang diberikan kepada klien sekadar memuaskan.

Antara golongan yang menjadi fokus pekerja sosial adalah kanak-kanak, remaja, pesalah sosial, mangsa jenayah, orang kurang upaya (OKU), orang miskin, warga tua, wanita, penagih dadah dan sebagainya. Setiap daripada golongan ini memerlukan pendekatan yang tertentu dan berbeza untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. contohnya wanita, golongan ini juga tidak ketinggalan menjadi fokus terhadap aspek profesion pekerja sosial. Terdapat banyak bukti di mana setiap profesion perlu memberi tindak balas kepada isu-isu wanita. Kerja sosial perlu menilai isu-isu yang melibatkan wanita kerana majoriti klien dalam bidang kerja sosial adalah wanita. 75 % daripada keseluruhan wanita menerima bantuan berbentuk kewangan daripada badan-badan kebajikan dan sokongan moral daripada pekerja-pekerja sosial.

Diskriminasi anatara jantina ialah isu yang masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Hal ini kerana kaum wanita merupakan kaum yang lemah dan sering ditindas oleh pihak yang suka memanipulasi wanita. Diskriminasi itu termasuklah dalam pekerjaan seperti ketika mengagihkan tugas-tugas dan ketidaksamaan bayaran gaji anatara wanita dengan lelaki. Wanita terbatas daripada mendapat perhatian dan dihormati serta mendapat bayaran yang lebih atau sama seperti lelaki dalam pekerjaan. Seperti yang berlaku di Malaysia, terdapat juga syarikat dan badan korporat yang masih mengamalkan diskriminasi terhadap wanita. Terdapat syarat yang telah diletakkan oleh mereka yang boleh mendiskriminasikan wanita sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Antara syarat yang dilihat menimbulkan ketidakadilan seperti cuti bersalin hanya diberikan kepada anak pertama dan kedua sahaja, cuti bersalin yang diambil adalah cuti tanpa gaji, pekerja wanita diminta bersara lebih awal, tidak dibenarkan mengandung, mewajibkan pakaian yang menutup aurat, ketinggian, berat, paras rupa, dan berkahwin. Diskriminasi antara jantina perlu dihapuskan. disebabkan peratus pekerja sosial kebnyakannya wanita, penekanan yang lebih diberikan kepada masalah diskriminasi wanita demi membantu golongan wanita yang menjadi mangsa. Hal ini kerana wanita sudah semestinya akan membantu golongan wanita yang lain dan teknik bantuan yang digunakan juga merupakan teknik secara halus dan sistematik mengikut hati wanita. Intervensi seharusnya memberi fokus kepada pendayaupayaan wanita. Pekerja sosial perlu memberi galakan membantu mengenali kekuatan dan kelebihan unik yang ada dalam diri mereka.

Dalam kes ini, ia agak sinonim dengan slogan 1 Malaysia " Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan'. Rakyat di situ memberi makna klien apabila ia dipraktikkan dalam praktis kerja sosial. Malaysia adalah negara untuk semua rakyat tanpa mengira kaum,agama, budaya, jantina serta fahaman politik. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan atau pembelaan daripada kerajaan. 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.
RUJUKAN
Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul (2009). Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
www. 1Malaysia.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment